Cendawan tiram
NAMA
AHLI KUMPULAN :
1 . NURMADIHAH BINTI ABDULLAH AZIZ (22DAG18F1045)
2 . SITI NUR KAMILA BINTI ABDULLAH (22DAG18F1045)
3 . MUHAMMAD AMZAR BIN MOHD NOR AZAM (22DAG18F1075)
KELAS
: DAG2B
KURSUS
: E-AGRICULTURE
KOS
: DIPLOMA
AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI
SESI
: DISEMBER
2018
NAMA
PENSYARAH : PUAN NORLIZA BINTI MOHAMMED PIAH
JABATAN
:
Objektif Kajian Kes
Melalui kajian ini,kami dapat :
1.Mengenali pelbagai jenis spesies cendawan yang tidak
begitu istimewa di pasaran namun ia sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada
kesihatan tubuh badan manusia.
2.Dapat memberikan keuntungan yang banyak dan cara
pengurusannya adalah tidak rumit seperti tanaman-tanaman lain.
BOTANI CENDAWAN TIRAM KELABU
Nama saintifik
|
Pleurotus
sajor-caju
|
Sifat
|
Hidup
dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan
yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
|
Jenis spesies cendawan thiram
|
1. Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu)
2.Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning)
3.Pleurotus
florida (tiram putih )
|
PROFIL PENGUSAHA PENANAMAN
CENDAWAN TIRAM
Gambar kami bersaama Puan Zanisa
di rumah cendawan. Puan Zanisa (kedua dari kiri) yang memekai tudung berwarna
ungu
Nama
pngusaha :Puan Zanisa(51 tahun) atau lebih dikenali dengan nama panggilan
mesranya Kakzan dan suaminya Haji Isa bin Mokhtar(72 tahun) merupakan pengusaha
cendawan sisir dan cendawan tiram di Kampung Bendang Nyior,Tanah Merah,Kelantan
Bilangan
anak:.Mempunyai 3 orang anak
Bila
mula mengusahakan pertanian cendawan : sejak tahun 2014 sehinggalah pada hari
ini.Hal ini bermaksud,hampir 5 tahun perusahaan ini dijalankan.
Faktor
bermulanya hasrat ingin membuat perusahaan cendawan :Berdasarkan temu ramah
yang telah kami jalankan di rumah beliau baru baru ini kami mendapati bahawa
idea beliau untuk melakukan perusahaan kulat bermula dari kawannya iaitu Che
Azmir.Che Azmir membawa pulang bongkah cendawan kulat sisir yang dia beli dari
MAHA.Dari situ mulalah tercetusnya idea untuk membuat perusahaan cendawan ini.Perusahaan
cendawan ini dilakukan secara persendirian dan kecil-kecilan
PEKERJA
Pekerja
beliau adalah seramai 13 orang.Pekerjanya terdiri daripada golongan
wanita,iaitu golongan ibu tunggal,suri rumah dan golongan asnaf.Pekerjanya
dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 10 orang ditugaskan untuk melaksanakan
pekerjaan yang tidak berkaitan dengan kulat manakala lagi 3 orang ditugaskan
untuk menguruskan tentang kulat.Pekerjanya yang menguruskan tentang kulat akan
diberi elaun
Pengangkutan
Ø
Menggunakan
perkhidmatan pos laju untuk menghantar tempahan cendawan yang luar dari
Kelantan.Manakala jika di dalam Kelantan,suaminya sendiri akan menghantar
tempahan tersebut.
Mesin/Jentera
yang digunakan
Ø
Tiada
penggunaan mesin namun ,baru baru ini beliau cuba bekerjasama dengan politeknik
jeli Kelantan untuk menggunakan mesin yang dapat memproses cendawan
Bekalan
bahan mentah
Ø
Kebanyakan
bahan mentahnya adalah diproses sendiri dengan kerjasama ahli Koperasi Bendang
Nyior Berhad.
Jualan(import / eksport)
Jualannya kebanyakannya adalah di dalam Kelantan,namun terdapat juga permintaan cendawan tiram dan sisir dari arab Saudi.Hal ini kerana ,kulat tidak mempunyai tarikh luput, ia boleh dikeringkan dan tidak mudah rosak.Setiap sebulan akan ada pembeli dari arab Saudi datang ke rumahnya untuk mengambil stok cendawan.
Jualannya kebanyakannya adalah di dalam Kelantan,namun terdapat juga permintaan cendawan tiram dan sisir dari arab Saudi.Hal ini kerana ,kulat tidak mempunyai tarikh luput, ia boleh dikeringkan dan tidak mudah rosak.Setiap sebulan akan ada pembeli dari arab Saudi datang ke rumahnya untuk mengambil stok cendawan.
MODAL
Pengusaha
ada mengatakan kepada kami bahawa salah satu sebab kenapa dia berminat untuk
mengusahakan cendawan ialah kerana ia tidak memerlukan modal yang banyak.Hal
ini kerana,beliau melakukan pekerjaan ini bermula dari kecil-kecilan dengan
dibantu oleh penduduk kampong.Modal yang diperlukan dapat diperhatikan dari
segi keperluan bahan-bahan yang tidak dapat dibuat sendiri seperti serbuk
kapura dan sebagainya
PROSES PENANAMAN
CENDAWAN
1.Penyediaan
media dan bongkah cendawan
Ø
Pertama,pilih
dahulu tempat yang akan digunakan untuk meletakkan cendawan.Pastikan tempat tu
bersih kerana cendawan memerlukan kawasan yang bersih.
Ø
Sediakan
plastic bongkah bersaiz 6 inc x 13 inc
Ø
Media
tanaman adalah terdiri daripada habuk kayu getah,dedak,dan kapur
Ø
Habuk
kayu getah merupakan medium utama dalam penghasilan cendawan yang berfungsi
sebagai tempat penyimpanan makanan.
Ø
Dedak
berfungsi sebagai makanan kepada cendawan
Ø
Kapur
pula berfungsi sebagai peneutral bahan-bahan berasid dan beralkali di samping
membunuh kuman dan bakteria supaya tidak membiak
*Jangan
gunakan habuk kayu getah yang baru dipotong dan pastikan habuk kayu tidak
dirawat kerana dikhuatiri terdapat kandungan bahan kimia di dalamnya.
2.Mengukus
Ø
Setiap
bongkah cendawan yang telah siap diisi perlu dikukus bertujuan untuk membunuh
semua organisma dalam campuran media sama ada kuman ,kulat, dan bakteria.Dan
supaya pertumbuhan benih (missillium) tidak terganggu.
Ø
Jangka
masa mengukus adalah selama 7-8jam
Ø
Pastikan
nyalaan api sekata bagi memastikan proses mengukus berlaku dengan sempurna.
Ø
Setelah
api dipadamkan,bongkah perlu disejukkan.Tempoh penyejukkan adalah 1 hari 1
malam sebelum boleh disuntik dengan benih.Ini bagi memastikan bongkah
benar-benar sejuk dan bebas dari hab ,kerana haba boleh merosakkan benih
cendawanm yang telah disuntik
**Bongkah
tidak perlu dialihhkan untuk penyejukan kerana dikhuatiri tercemar
Alat
untuk mengukus cendawan
3.Suntik
biji benih
Ø Aktiviti menyuntik perlu
dilakukan dengan teliti serta memerlukan ruang yang bersih.Benih yang
dijangkiti bakteria sewaktu proses suntikan akan menyebabkan benih rosakdan
tidak akan mengeluarkan hasil.
Ø Penyuntikan benih dilakukan dalam
bilik khas yang perlu disediakan bagi memastikan kurang berlaku kontaminasi.
Ø Benih dimasukkan ke dalam setiap
bongkah yang telah dikukus (telah sejuk) dan kemudian disimpan dalam rumah
cendawan.
Ø Benih/miselium yang baik berwarna
putih seperti kapas.Buka mulut bongkah dan misellium dimasukkan anggaran
sebanyak 1 sudu besar.
Ø Pastikan benih cendawan turun ke
bawah dan tidak berlonggok di ‘leher’beg media.
4.Pemeraman
Ø
Susun
bongkah di atas rak dalam ruang pemeraman secara menegak.
Ø
Proses
pemeraman ini berlaku mengikut jenis cendawan.Bagi cendawan tiram kelabu selama
45 minit selepas disuntik baru matang.
5.Alih
ke rak
Ø
Setelah
miselium penuh iaitu lapisan berwarna putih kelihatan pada bongkah.Bongkah akan
dialihkan ke ruang rak bongkah untuk aktiviti pengeluaran hasil.
6.Penuaian
Ø
Buka
penutup bongkah setelah pemeraman selama 45-60 hari iaitu miselium memenuhi
keseluruhan bongkah.
Ø
Peringkat
pertumbuhan cendawan bermula pada hari kedua,cendawan mual keluar seperti ‘anak
mancis’ dan pada hari ketiga cendawan mula membesar dan kembang.Pada hari
keempat ,cendawan mula berombak dan pecah.Ini menunjukkan cendawan telah
matang.
Ø
Masa
pungut hasil yang naik adalah pada hari ke-3 atau hari ke-4 sebelum tepi-tepi
berombak dengan car mencabut seluruh rumpun cendawan.
Ø
Bersihkan
dan tutup kembali mulut bongkah.Rehatkan selama 10 hari sebelum membuka semula
untuk hasil yang berikutnya.
Ø
Kutipan
berikutnya adalah 10-14 hari selepas direhatkan.
Ø
Kutipan
berikutnya adalah 10-14 hari selepas direhatkan
Ø
Selepas
dituai,bongkah perlu dikorek untuk mengeluarkan akar2 cendawan tiram kelabu
yang tidak dikeluarkan dengan sempurna.Untuk mengorek anda perlu menggunakan
sudu yg telah dinyah kuman sama ada dengan membakar sudu atau sudu telah
direndam di dalam cempuran air dan klorox(satu penutup klorox dicampur dengan
1.5 liter air)
*anggaran
1 bongkah boleh menghasilkan cendawan sebanyak 6-8 kali pusingan
*pungut
hasil – 4 bulan
*jangka
hayat – 6 bulan
Bila
sesuai nak petik cendawan ye?
«
Apabila
cendawan terbesar (saiznya tak semestinya besar) dalam kluster mula berubah daripada
cembung (seperti paying ) kepada cekung (merata atau berombak di tepi ),ini
bermakna cendawan sedia untuk dituai dan bolehlah dipetik keseluruhan kluster
«
Selepas
hasil dituai ,bongkah perlu ditutup selama sekitar 7 hari,dan dibuka semula
untuk kitaran dan tuaian kedua.
Baiklah
yang kat atas tu adalah keterangan tentang penjagaan cendawan yang jelas dan
padat.Mahupun begitu, di bawah ini saya ada sertakan tentang cara penjagaan
cendawan yang lebih ringkas dengan harapan anda akan lebih memahami coretan
saya diatas.
Cara-cara
untuk proses cendawan tiram
1)Buka
penutup bag
2)Korek
dan buang biji benih pada bag
3)Sembur
sedikit air pada permukaan beg(2-3kali)
4)tutup
semula bag dengan penutupnya atau cap
5)Biarkan
dalam 4-5 hari
6)Buka
semula penutup selepas 3-4 hari.
Permukaan
bongkah kelihatan putih2
#Notes
v
Jika
benih telah bertunas semasa baru nak mula,tidak perlu lakukan langkah ke-2
hingga 6.Hanya sembur air 2 kali sehari seperti biasa
v
Jangan
sembur air terlalu banyak hingga bag bertakung.Hanya memadai 2 hingga 3 kali
sahaja
7)Tunggu
anak cendawan keluar (dijangka dalam 2 atau 3 hari mengikut cuaca)
8)Cabut
cendawan keluar sekali dengan akarnya
9)Korek
akar yang tertinggal
10)Ulang
langkah 2 tetapi bukan korek biji benih cuma korek akar yang tertinggal
11)Timbang
setiap kali tuaian
12)Packing
dan jual
Boleh
juga rujuk gambarajah ini sebagai panduan
Jenis-jenis
cendawan tiram (selain tiram kelabu)
1.Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu)
|
2.Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning)
|
|
|
Asal terhasilnya cendawan
Bongkah cendawan
Merujuk kepada gambar bongkah diatas,bongkah a ialah bongkah bagi cendawan sisir manakala bongkah b ialah bongkah bagi cendawan tiram.
Bongkah kulat mempunyai beberapa fasa kematangan
Perbezaan antara bongkah tiga suku matang,cukup matang dan
terlebih matang
1) bongkah tiga suku matang
Bawah bongkah akan kelihatan warna hitam@ coklat
seperti air atau bongkah tidak penuh putih.
Benih belum boleh disemai sehingga bongkah penuh
putih(seperti tempe)
Akan tetapi jika benih ini telah keluar anak
cendawan ia adalah benih yang terbaik kerana akan menghasilkan cendawan yang
tebal.
Boleh disimpan terlebih dahulu untuk memastikan
putih pada bongkah penuh sebelum disemai selama 2-3 minggu
2)Cukup matang
Bongkah dipenuhi putih
Bongkah sedia disemai dan akan menghasilkan
cendawan dalam masa 7-10 hari
Bongkah yang belum disemai boleh disimpan selama
3-4 bulan.
3)Terlebih matang
Bongkah yang telah keluar anak2 cendawan di
dalam plastic
Bongkah boleh terus disemai dan akan
menghasilkan cendawan dalam masa 5-7 hari
Bongkah boleh terus disemai dan akan menghasilkan
cendawan dalam masa 5-7 hari
Bongkah yang belum disemai boleh disimpan selama
1-2 bulan
4)Bongkah terlalu lama disimpan
Bongkah telah keluar cendawan dengan sendiri
Tidak dijual
Bongkah di sebelah kiri ialah bongkah yangamasihabaik manakala
bongkah di sebelah kiri ialah bongkah
yang tidak sihat
KAEDAH PEMASARAN
1.Dengan membuka gerai-gerai kecil seperti bazar.Biasanya
diadakan di tapak penjualan pasar tani,membuka kiosk di sekolah semasa pesta
sukan dan sebagainya. Dengan cara ini perniagaan beliau akan lebih diketahui
oleh orang ramai.Di gerainya Puan Norizan menjual bongkah cendawan,cendawan
tiram yang telah dipacking di dalam plastik dan produk selain cendawan seperti
kerepek kuaci madu kelulut dan bedak sejuk sebagainya.
Menjual di kawasan sekolah semasa pesta sukan di sekolah
Membuka
gerai di tanah merah,semasa pasar pagi hari jumaat di tanah merah
Antara barangan atau produk yang dijual
Menjual kuaci dan kerepek yang telah diproses dan diisi di dalam
bekas
Menjual bedak sejuk buatan sendiri yang telah siap
diletakkan di dalam botol
Menjual madu kelulut yang telah siap diproses dan diletakkan
di dalam botol
2.Melalui media sosial seperti facebook.Beliau membuat satu
akaun facebook yang khas mengenai cendawannya iaitu tiram dan sisi.Melalui
facebook beliau dapat berhubung dengan ramai orang yang berminat tentang
cendawannya.Di dalam facebook beliau ada berkongsi tentang cara untuk menanam
cendawan serta proses-prosesnya.Selain itu,pengguna facebook juga dapat
menempah cendawan dan bongkah cendawan daripada beliau melalui facebook.
Sekiranya berminat boleh ikuti laman facebook seperti di
bawah
(Kulat sisir / cendawan kukur)
3.Dengan mengadakan kursus iaitu kursus penyediaan bongkah
kulat sisir dan tiram serta penerangan tentang kaedah penanaman
·
Mereka yang berminat dengan penanaman cendawan
boleh mengikuti kursus yang dianjurkan oleh
Antara aktiviti yang dilakukan ketika kursus
Menggaul media yang terdiri daripada habuk kayu getah media
dan kapur
Memasukkan media ke dalam plastik
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Bersyukur ke hadrat
ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan
kajian kes ini dengan penuh jayanya.Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada
Puan Norliza binti Mohammed Piah,Pensyarah Matapelajaran
E-Agriculture(DYA2032),di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada
kami.Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses yang dilakukan bagi
menyiapkan tugasan kajian kes ini.Selain itu,tidak lupa juga penghargaan kepada
ibu bapa kami yang telah memberikan dorongan dan sokongan dari segi mental dan
fizikal sepanjang aktiviti yang perlu dilakukan bagi menyiapkan tugasan
ini.Akhir kata,kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merialisasikan tugasan ini berjalan.Tunjuk ajar ,kerjasama dan dorongan yang
diberikan oleh semua pihak membolehkan kami berjaya menyiapkan tugasan kajian
kes bagi kursus E-Agriculture dengan jayanya.
Comments
Post a Comment